19 January 2011

Hari tu.
Sebelum ni.
Semalam.
Aku jalan-jalan.
Aku terperasan ada 1 fenomena yang sedang menular sekarang ini.
Bukan budaya gangsterisme ,
bukan lagi budaya vandalisme ,
dan sudah pasti , bukan budaya membaca..


" Eh , mudanya budak tu. "
" Aik ? Bukan main stylo entah pape rambut dia.. Siap botak sisi dengan rambut yang tetinggal di tengah-tengah tu , pacak habis 90 degree . "
" Apa dia buat kat shopping mall ni ? "
" Eh , rasanya sekarang ini waktu sekolah ? "
" Cop ! Dia sekolah petang kot.... "


Aku monolog dalaman seketika.
Cuba b'sangka baik dengan beliau.
Tiba-tiba.
Datang seorang budak perempuan yang umurnya dalam lingkungan 10 tahun.
Menghampiri dia.
Dia terus tarik tangan budak lelaki itu dan mereka terus berjalan berdua , bersiar-siar ala-ala pasangan tengah honeymoon.
Tak lama kemudian , segerombolan kawan-kawan mereka muncul .
Semua style fotostat siap kat kedai mana entah .
1 lelaki , 1 perempuan .
Aik ? Biar betul apa aku tengok ni ?
Sekumpulan budak kecil - Melayu - dressup punk - berpasangan - waktu sekolah - shopping mall .
Cepat-cepat fikiran aku buat 1 konklusi yang memang sudah pasti , orang lain pun akan buat 1 konklusi yang sama.


Haih...
Aku mengeluh panjang.
Dalam hati ini tertanya-tanya.
Mana parents dorang ?
Parents dorang tahu tak anak-anak dorang ada kat sini ?
* Confirm-confirm la dorang tak tahu kan ? Ada pula parents yang bagi anak-anak dorang wat macam ni.. *
Entah lah..
Aku hanya mampu memandang , berjalan terus ke destinasiku .


------------------------------------------------------


Sekarang 2011.
Kanak-kanak yang sepatutnya ke sekolah , sudah ke shopping mall bersama pasangan masing-masing.
Zaman aku dulu , aku buat macam itu sewaktu aku berusia 17 tahun .
Ya , tahun 2008 .
Agak mendadak perubahan di situ .
Jauh di sudut hati , ada satu perasaan terbit.
Ya !
Aku risau.
Teramat risau.
Kalau fenomena ini dipandang sebelah mata oleh setiap pihak , aku yakin yang bangsa Melayu , Islam dan Malaysia tak akan pernah maju sebaliknya semakin mundur ditelan zaman.
Semakin dipijak dan semakin dipandang rendah oleh bangsa lain , agama lain dan negara lain .
Ayuh !
Bangunlah !
Kita mulakan dari awal.
Dari mereka , sekumpulan budak kecil - Melayu - dressup punk - berpasangan - waktu sekolah - shopping mall .
Jangan kita biarkan waktu itu tiba.
Mari kita bangun dan buktikan kita bukan macam itu.
Kita boleh !
Kerana ,
Aku pasti , tika tibanya waktu itu segala-galanya sudah terlambat .
Tiada lagi gunanya rotan , tiada lagi gunanya nasihat dan tiada lagi gunanya kempen .
Sekali lagi , aku hanya mampu memandang .
Kau , dia , meraka dan semua hanya akan mampu memandang sahaja.
Noktah .


4 comments:

Unknown said...

ummm..
mamah ke neh???

Marhamah Ismail :) said...

hehe
ble jiwa sastera sy dtg , no one can stop it .. haha !!
Xde la Syerry,, Nape ntah nak post cmtu pagi-pagi buta td.. :D

Unknown said...

okay2! got it..
:D

Marhamah Ismail :) said...

Haha
thanks memahami :P